BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, April 2, 2010

KEMAHIRAN BERFIKIR PPISMP SEMESTER 2...


Definisi yang sesuai untuk kemahiran berfikir masih dipertikaikan kerana kebanyakan tokoh mempunyai pendapat yang berbeza-beza. Walaupun tafsiran tentang pemikiran itu berbeza-beza, namun secara amnya kebanyakan tokoh pemikir bersetuju bahawa pemikiran dapat dikaitkan dengan proses menggunakan minda untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.
Dapatlah dirumuskan bahawa:
Pemikiran ialah proses menggunakan minda untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, menerokai pelbagai kemungkinan idea atau ciptaan dan membuat pertimbangan yang wajar, bagi membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dan seterusnya membuat refleksi dan metakognisi terhadap proses yang dialami
Antara tujuan KBKK digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran adalah untuk membolehkan pelajar:
·         mendapat latihan berfikir secara kritis dan kreatif untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dengan bijak
·         mengaplikasikan pengetahuan, pengalaman dan kemahiran berfikir secara lebih praktik sama ada di dalam atau di luar sekolah
·         menghasilkan idea atau ciptaan yang kreatif dan inovatif
·         mengatasi kesilapan-kesilapan berfikir yang terburu-buru, bercelaru, kabur dan sempit
·         meningkatkan aspek kognitif dan afektif, dan seterusnya perkembangan intelek mereka
·         bersikap terbuka dalam menerima dan memberi pendapat, membina keyakinan diri untuk memberi hujah, membuat pertimbangan berdasarkan alasan dan bukti, serta berani memberi pandangan dan kritik.
Apakah komponen utama kemahiran berfikir (KB)?
 Komponen utama KBKK:
  • Berfikir secara kritis,
  • Berfikir secara kreatif.
 Apakah kemahiran berfikir secara kritis?
    KB secara kritis ialah kecekapan dan keupayaan menggunakan minda untuk menilai kemunasabahan  dan kewajaran sesuatu idea, meneliti kebernasan dan  kelemahan sesuatu hujah, dan membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti.
 Apakah kemahiran  berfikir secara kreatif?
Kecekapan menggunakan minda untuk:
  • menjana dan menghasilkan idea,
  • mencipta sesuatu yang baru, asli, luar biasa, pelbagai, dan bernilai  sama ada bersifat maujud, abstrak, idea atau gagasan.
  • menerokai dan mencari makna , pemahaman  dan penyelesaian masalah seacara inovatif.
Apakah contoh-contoh  kemahiran  berfikir bagi setiap komponen itu?
 Contoh-contoh  kemahiran berfikir secara kritis:
·         membanding dan membeza:
·         membuat kategori,
·         meneliti bahagian-bahagian kecil dan keseluruhan.
·         menerangkan sebab.
·         membuat sekuen / urutan.
·         menentukan sumber yang dipercayai,
·         membuat ramalan,
·         mengusul periksa andaian,
·         membuat inferens
Contoh kemahiran berfikir secara kreatif:
·         mencipta analogi
·         menjana dan menghasilkan idea baru
·         mencipta metafora,
Bagaimanakah dengan kemahiran membuat keputusan dan menyelesaikan masalah?
 Kedua-duanya termasuk ke dalam komponen berfikir secara kritis dan komponen berfikir secara kreatif.
  • Cekal                 
  • Luwes
  • Reflektif
  • Kurang impulsif
  • Ingin tahu
  • Mengambil risiko
  • Mahir menyoal
  • Tidak mudah putus asa
  • Asertif
  • Berkerjasama

Kemahiran Berfikir Secara Kritis
Perkataan kritik berasal daripada bahasa Yunani "Kritikos" yang bermakna mampu menilai. Pada asalnya perkataan kritis dicipta untuk mengelak kesilapan, kekeliruan dan andaian-andaian yang salah. Secara umumnya kemahiran berfikir secara kritis ialah kecekapan dan keupayaan menggunakan minda untuk menilai kemunasabahan  dan kewajaran sesuatu idea, meneliti kebernasan dan  kelemahan sesuatu hujah, dan membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti.  
Senarai  kemahiran berfikir secara kritis:
·         membanding dan membeza:
·         membuat kategori,
·         menerangkan sebab.
·         membuat sekuen / urutan.
·         menentukan sumber yang dipercayai,
·         membuat ramalan,
·         mengusul periksa andaian,
·         membuat inferens  

Kemahiran membanding dan membeza merupakan kemahiran yang  membolehkan anda meneliti persamaan dan kelainan antara dua objek, idea, peristiwa dan sebagainya berdasarkan kepada aspek-aspek tertentu.
Contoh kemahiran membanding dan membeza ialah antara dua tokoh misalnya antara Tun Abdul Razak dengan Tengku Abdul Rahman, antara dua pekerjaan seperti  nelayan dan petani, antara dua bentuk seperti  segi tiga dan piramid, dua peristiwa dan sebagainya.
Alat berfikir yang boleh digunakan ialah Pengurusan Grafik Membanding dan  Membeza.


Membuat kategori, Kemahiran mengkategori ialah aktiviti minda yang mengelompokkan maklumat, objek atau perkara mengenai sesuatu ke dalam kumpulan atau kelas tertentu mengikut ciri-ciri sepunya yang boleh diperhatikan. Misalnya, apabila anda menyaring, mengindang, menapis dan mimilih maklumat serta meletakkan sesuatu perkara itu di bawah satu label / tajuk dan sebagainya, anda sebenarnya sudah melakukan aktiviti minda mengklasifikasi dan mengkategori.


Kemahiran ini dapat membantu kita melihat dengan jelas bahagian-bahagian kecil dalam suatu benda atau organisme atau sistem serta fungsinya dan kaitan bahagian-bahagian kecil itu dengan keseluruhahan.
Setiap bahagian kecil memberi sumbangan kepada keseluruhan dan bagaimana setiap  bahagian itu  berfungsi, maka ia akan membantu kita memahami dengan lebih jelas akan dunia di sekeliling kita.


Menerangkan sebab.
Kemahiran Berfikir Secara Kreatif
Kemahiran kreatif membawa maksud kecekapan atau keupayaan menggunakan minda untuk menerokai  pelbagai kemungkinan, menghasilkan sesuatu yang baru, asli, luar biasa dan bernilai sama ada bersifat maujud, abstrak, atau gagasan.
Senarai  kemahiran berfikir secara kreatif:
·         mencipta analogi
·         menjana dan menghasilkan idea baru
·         mencipta metafora

Kemahiran Membuat Keputusan
Membuat keputusan ialah satu proses mental di mana seseorang itu bertindak untuk memilih satu pilihan yang terbaik daripada beberapa pilihan yang ada berdasarkan tujuan dan kriteria tertentu.
Andaikan anda sebagai ketua jabatan yang berhasrat hendak membuat keputusan sama ada hendak memecat pekerja anda ataupun tidak. Sekiranya anda hendak membuat keputusan yang bijak, berhikmah, dan sukar dipertikaikan, apakah yang anda mesti lakukan?
Tentulah anda hendak mengelak daripada membuat keputusan yang merugikan. Justeru, anda tidaklah boleh berfikir secara terburu-buru. Anda kenalah menggunakan sumber maklumat yang berasas serta mempertimbangkan pelbagai pilihan untuk mencari pilihan yang terbaik. Maka anda perlulah rasional, sabar, berfikir panjang, dan mendalam supaya keputusan yang anda buat itu tekal, kekal, dan muktamad tanpa sebarang keraguan dan kerugian.
Robin Forgarty & James Bellanca (1990) Teach Them Thinking  mengkategorikan kemahiran berfikir membuat keputusan sebagai pemikiran kritis dan mendefinisikannya sebagai "making a choice based on reasoned judgement". Mereka memberikan kata sinonim "decision making" dengan "judging, choosing, selecting".
Mereka juga memberikan menu untuk menggunakan kemahiran ini berdasarkan akronim J. U. D. G. E.
J  untuk Jot down occasion for decision
U untuk Use brainstorming for alternatives
D untuk Decide on best possibilities
G untuk Gauge positive and negative outcomes
E untuk Express selection; DECIDE.
Alat fikir yang boleh digunakan untuk membantu anda membuat keputusan secara tersusun/ sistematis ialah
1. Peta Minda
2. Pengurusan Grafik Membuat Keputusan
Pengaplikasian Dalam Pengajaran
  1. Permulaan: Perkenalkan tajuk bagi mata pelajaran yang diajar dan kemahiran berfikir yang dipilih dan rangsangkan perbincangan (pengurusan lisan) bagi memperkenalkan kemahiran  membuat keputusan dengan menggunakan bahan rangsangan yang berkaitan dengan situasi.
  2. Perkembangan: Perkenalkan proses membuat keputusan dan Pengurusan Grafik (PG) yang hendak digunakan. Kemukakan isu dan isikan PG.
  3. Penutup: Merumuskan pilihan terbaik.

Kemahiran Menyelesaikan Masalah
Menyelesaikan masalah adalah satu proses mental untuk mengatasi halangan yang sedang dihadapi berdasarkan tujuan tertentu.
Menyelesaikan sesuatu  masalah  boleh menjadi cabaran kepada seseorang. Kejayaan dalam menyelesaikan masalah akan menimbulkan keseronokan.
Kita akan bersungguh-sungguh menyelesaikan masalah sekiranya kita terdesak untuk menangani keadaan yang tidak menyenangkan.
Penyelesaian terbaik ialah penyelesaian yang telah mengambil kira kesemua kesan akibatnya. Apabila terdapat banyak kesan negatif, maka pilihan itu hendak dipertimbangkan semula ataupun ditolak.
 Apabila anda berada dalam situasi berikut, adakah anda berfikir untuk membuat keputusan atau menyelesaikan masalah?
Situasi 1: Berpindah ke rumah baru. Anggota keluarga sibuk mengatur pelbagai perabot. Didapati sebuah almari pakaian tidak boleh dibawa masuk ke bilik tidur utama kerana saiznya terlalu besar.
Situasi 2: Terperangkap di dalam lif.
Sebenarnya, kemahiran berfikir membuat keputusan berkait rapat dengan menyelesaikan masalah.
 Objektif menyelesaikan masalah:
Membuat penyelesaian yang terbaik
Mempertimbangkan banyak pilihan untuk membolehkan kita bertindak dengan bijak setelah memikirkan banyak pilihan dan kesan akibatnya.

Langkah-langkah dalam menyelesaikan masalah:
http://mahirkbkk.tripod.com/masala2.gif
Alat fikir yang sesuai digunakan untuk menyelesaikan masalah:
  • Peta minda
  • Pengurusan Grafik Menyelesaikan Masalah
Pengaplikasian Dalam Pengajaran
  1. Permulaan: Perkenalkan tajuk bagi mata pelajaran yang diajar dan kemahiran berfikir yang dipilih dan rangsangkan perbincangan (pengurusan lisan) bagi menyelesaikan masalah menggunakan bahan rangsangan yang berkaitan dengan situasi yang memerlukan  penyelesaian.
  2. Perkembangan: Perkenalkan proses penyelesaian masalah dan Pengurusan Grafik (PG) yang hendak digunakan. Kemukakan isu dan isikan PG.
  3. Penutup: Merumuskan pilihan terbaik yang telah dibincangkan bagi menyelesaikan masalah berkaitan.

\

1.3 DEFINISI KEMAHIRAN BERFIKIR (KB)

Bertolak dari konsep KB seperti yang diutarakan oleh beberapa ahli fikir dan falsafah seperti Socrates dan lain-lain yang dijelaskan dalam konsep dan sejarah KB dan pemikiran kritis yang telah kita bincangkan di atas, maka Kemahiran berfikir yang juga ditafsiran sebagai pemikiran reflektif, kritis dan kreatif, dalam kertas ini dapatlah ditafsirkan sebagai satu proses intelektual yang melibatkan pembentukan konsep (conceptualizing), aplikasi, analisis, sintaksis, dan/atau menilai informasi yang terkumpul atau dihasilkan melalui pengamatan, pengalaman, refleksi, pentaakulan, atau komunikasi – sebagai landasan kepada satu keyakinan (kepercayaan) dan tindakan. Ini adalah selari dengan apa yang diutarakan oleh Dr. Richard Paul, Pengasas dan pengarah kepada ‘The Center for Critical Thinking’, satu badan yang terkenal dengan penglibatannya dengan pemikiran kritis di Amerika Syarikat.




Walau bagaimanapun elok juga kita lihat KB dari perspektif KBKK (Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif) saperti yang diketengahkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Dalam kurikulum KBKK, kemahiran berfikir dibahagikan kepada dua komponen yang penting iaitu; kemahiran berfikir secara kritis dan kemahiran berfikir secara kreatifKemahiran berfikir secara kritis merujuk kepada keberkesanan seseorang dalam menggunakan minda dalam menilai keesahan atau kebaikan satu-satu idea, buah fikiran, pandangan dan boleh memberi respons berdasarkan kepada bukti dan sebab musabab. Jenis-jenis kebolehan yang boleh di kategorikan sebagai pemikiran kritis termasuklah; membanding dan membeza (compare and contrast), membuat ketegori (categorization), menerangkan sebab akibat (cause and effect), meniliti bahagian dan hubungan bahagian yang kecil dengan keseluruhan, membuat andaian, membuat ramalan dan inferensi. Sementara kemahiran berfikir secara kreatif pula bolehlah di definisikan sebagai kebolehan menggunakan minda dalam menjana idea-idea yang baru, kemungkinan yang baru, ciptaan yang baru berdasarkan kepada keaslian dalam penghasilannya. Ia boleh diberikan dalam bentuk idea yang nyata ataupun abstrak. Kebolehan berfikir secara kreatif ini boleh dilihat dalam contoh-contoh berikut: mencipta idea yang baru, mencipta analogi dan metaphora. Harus diingat bahawa kedua-dua kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif ini adalah bertujuan untuk menolong atau membantu seseorang dalam membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.

Mari kita lihat satu lagi perspektif penting yang ada kaitan dengan berfikir. Dengan mengambil kira kepentingan EQ (kecerdasan emosi) seperti yang diperkenalkan oleh Daniel Goleman maka KB juga menegaskan kepentingan peranan hati atau ‘qalbu’ sebelum satu-satu tindakan dibuat atau diyakini. Pemikiran yang didasarkan kepada domain kognitif (IQ) tanpa mengambil kira kepentingan domain afektif (EQ) belum tentu boleh menjanjikan satu-satu kejayaan yang sempurna dalam hidup seseorang. Ini selari dengan apa yang disarankan oleh Goleman (1998) “bahawa 80% kejayaan seseorang adalah bergantung kepada EQ dan bukannya IQ”. Konsep berhubung dengan EQ akan dijelaskan dengan mendalam dalam topik berkaitan dalam kertas ini

0 comments: